FORMAT PERTANDINGAN.
FORMAT & PERATURAN PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA.
Perlawanan format 11 sebelah dengan masa perlawanan 25 : 5 : 25
8 Pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke separuh akhir.
Pendaftaran Pasukan: 23 orang pemain + 4 pegawai perlawanan.
Syarat kelayakan pemain: Lahir atau bermastautin di Negeri Pahang (Warga Pahang).
Umur minimum 18 tahun. Minimum seorang pemain bawah 19 tahun wajib bermain di atas padang.
Tindakan tegas melibatkan insiden pergaduhan.
Juara kejohanan layak ke pusingan kedua pertandingan kecuali bagi Kuantan dan Temerloh.
Peraturan lain akan digariskan dalam buku peraturan pertandingan.
FORMAT & PERATURAN PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA.
Perlawanan format 11 sebelah dengan masa perlawanan 40 :10 : 40
Perlawanan dijalankan secara timbal balik. Tiada peraturan away gol digunakan.
Perlawanan akan terus ditentukan secara sepakan penalti jika agregat seri selepas perlawanan kedua.
Penentuan sepakan penalti: 5 pengambil tendangan. jika masih seri tambahan 1 pengambil sepakan sehingga ada pemenang.
Senarai pemain: Pemain daripada pusingan pertama dengan hanya maksimum 3 pertukaran pemain baru yang tidak layak ke pusingan kedua.
Umur minimum 18 tahun. Minimum seorang pemain bawah 19 tahun wajib bermain di atas padang.
Tindakan tegas melibatkan insiden pergaduhan.
Pemenang perlawanan layak ke pusingan Grand Final.
Peraturan lain akan digariskan dalam buku peraturan pertandingan.
FORMAT & PERATURAN PERTANDINGAN GRAND FINAL.
Perlawanan format 11 sebelah dengan masa perlawanan 40 : 10 : 40
Melibatkan perlawanan suku akhir, separuh akhir serta perlawanan ketiga/keempat dan akhir satu pusingan.
Perlawanan akan terus ditentukan secara sepakan penalti jika agregat seri selepas perlawanan kedua.
Penentuan sepakan penalti: 5 pengambil tendangan. Jika masih seri tambahan 1 pengambil sepakan sehingga ada pemenang.
Senarai pemain: Pemain daripada pusingan kedua dan tiada pertukaran pendaftaran pemain dibenarkan.
Umur minimum 18 tahun. Minimum seorang pemain bawah 19 tahun wajib bermain di atas padang.
Tindakan tegas melibatkan insiden pergaduhan.
Pasukan Juara dan Naib Juara ditentukan pada perlawanan akhir.
Pusingan Grand Final akan dijalankan di Stadium Darul Makmur.
