TENTANG LIGA.

PENGENALAN LIGA PAHANG 1ST.

Kejohanan Liga Pahang 1st adalah inisiatif penganjuran daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi penganjuran satu kejohanan bola sepak melibatkan rakyat Negeri Pahang.

Objektif penganjuran adalah sebagai usaha untuk menyemarakkan kembali sukan bola sepak di negeri Pahang.

Penganjuran kejohanan akan melibatkan tiga peringkat kejohanan yang bermula daripada penganjuran peringkat dalaman setiap daerah atau Parlimen di Negeri Pahang disusuli dengan Penganjuran pusingan kedua seterusnya penganjuran ‘Grand Final’ yang melibatkan 8 pasukan terbaik.

Kejohanan akan berlangsung di seluruh Pahang mengikut daerah atau parlimen dan bagi pusingan grand final akan dianjurkan di Kuantan, Pahang.

MAKLUMAT PENGANJURAN.

BUTIRAN PUSINGAN PERTANDINGAN.

PERINGKAT PERTAMA
  1. Lipis
  2. Cameron Highlands
  3. Raub
  4. Bentong
  5. Jerantut
  6. Temerloh
  7. Bera
  8. Maran
  9. Rompin
  10. Muadzam
  11. Pekan
  12. Kuantan
PERINGKAT KEDUA

• Empat pasukan terbaik daripada Kuantan.
• Dua pasukan terbaik daripada Temerloh.
• Pasukan juara daripada setiap daerah lain.

PERINGKAT KETIGA

Lapan pasukan bermain di peringkat suku akhir, separuh akhir, perlawanan tempat ketiga / keempat dan perlawanan akhir.

GARIS MASA PERTANDINGAN.

PERINGKAT PERTAMA
  • 12 minggu melibatkan 12 perlawanan mengikut setiap daerah di Pahang.
  • 2 hari perlawanan di setiap daerah.
PERINGKAT KEDUA
  • 2 minggu melibatkan 2 perlawanan timbal balik.
GRAND FINAL
  • Dianjurkan pada minggu ke-15 hingga minggu ke-17 pertandingan.